Bayang-Bayang Mu

Ku berlari tapi jalan itu menuju mu,
Aku melangkah pergi tapi kesannya masih disitu,
Ku tidak toleh ke belakang tapi kau tegur ku di hadapan,
Aku berlari namun ku menuju arah mu.

Kau kini ada disisi,
Cuba membelenggu dan terus menghantu,
Apa yang telah aku tinggalkan selama ini,
Umpama segala bermula disitu.

Kau yakin aku takkan mampu berlalu,
Kerana kau sejarah ku, aku kesan mu,
Segala yang telah kita lalui itu,
Menguatkan ilusi mu.

Kau cuba menyemai kembali,
Singkap semua yang terjadi,
Senjatamu yang paling terkini,
Membuat ku akur pada semua janji.

Komen

Masukkan Komen

Anda dikehendaki login untuk memberi komen. Login Epass sekarang! Tiada Blog lagi? Daftarlah untuk kewujudan dalam talian yang lebih baik sekarang! Ia adalah PERCUMA!